Monday 12 March 2012

Apakah amalku diterima....

Assalamualaikum .....
dah lame x tulis kat blog nie...busy je...n xde ape2 idea....tpi tibe2 ari nie rase cam nak type sesuatu je kat blog nie....ape agaknye ek...

hehe....rasenye nak cerita pasal hati lah...

hati adalah benda yg paling sensitif dalam badan manusia....

kalo sakit kat anggota badan pon kita dah xleh tahan....

inikan pula sakit yg ada kat dalam ati...

silap2 kita menangis macam org gila.....

arap2 xlah ye...

knape nak cita psal HATI ye...sbab....smua perkara yg kite lakukan mesti ada niat...btol x...

kalo x btol mesti ade something wrong kat korang smua...

Kalo wat keje xde niat...ape gunanya.....

so kalo korang smua nak wat sesuatu yang baik dan x langgar hukum syarak....niat lah perbuatan itu utk mendapatkan Redha Allah.....xrugi pon....

tpi kalo wat jahat jgn pulak niat kerana Allah...silap2 dapat dosa kering je....

tpi....ade problem ckit dalam niat nie....kdng2 kite dah niat baik...benda baik pon dah buat....tpi nak cerita yg syaitan punya jahat nak kaco anak adam punya pasal....

dia pesongkan niat kita....dengan apa????..... dengan dunialah.....Wanita....Harta benda....Pangkat....dan macam2 lagi...

mesti kita selalu terlibat dalam perkara camnie kan...hmm ...ape bleh buat....kita nie x nampak syaitan...kita hanya bleh cuba untuk mengelakkan diri dariada dihasut syaitan dengan selalu mengingati Allah dan amal makruf nahi munkar....then...kita bertawakal kepada Allah..

Kita x bleh jadi sempurna..kerana itu adalah sifat Allah....tpi kita hanya bleh berusaha ke arah nya....
bersama-samalah kita memperbaiki diri dan mengingati Allah dalam setiap keadaan ......moga Allah merahmati hidup kita smua.....Amin!!!

Sunday 23 October 2011

Hadis 3

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Thursday 29 September 2011

HADIS 2

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ku tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

Monday 26 September 2011

Hadis 1

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Riwayat Bukhari dan Muslim